TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PERANAN IBU BAPA SPM


  1. 1.   Peranan Ibu Bapa terhadap Anak-Anak


    BIL

    IDEA / ISI

    HURAIAN


    1

    Melahirkan dan membesarkkan

    ·     Kita perlu mencari pasangan yang baik-baik untuk melahirkan zuriat yang baik.
    ·     Ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dengan penuh kesukaran dan debaran.
    ·     Setelah lahir ke dunia anak dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang tanpa mengira penat dan lelah.
    ·     Banyak dugaan menjaga kita semasa kecil dahulu dengan segala kepayahan dan kepenatan.

    2
    Mencurahkan kasih sayang
    ·     Ibu bapa hendaklah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka.
    ·     Jiwa anak-anak perlu diisi dengan belaian dan sentuhan manja daripada seorang ibu.
    ·     Jangan membiarkan anak-anak terabai kerana kesibukan mengejar kebendaan atau kerjaya semata-mata.
    ·     Pengabaian aspek ini akan menyebabkan anak-anak mencari kasih daripada rakan atau kekasih di luar sana.
    ·     Tidak bermakna ibu bapa perlu manjakan anak-anak mereka.
    ·     Sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain akan mewujudkan keluarga bahagia.


    3

    Mendidik anak-anak dengan ilmu agama

    ·     Ilmu agama merupakan tapak yang kukuh untuk menjadi benteng kepada anak-anak daripada terjebak dalam kegiatan tidak sihat.
    ·     Ibu bapa hendaklah memberi didikan ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil lagi.
    ·     Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    ·     Anak-anak perlu diajar membaca al-quran, ilmu tauhid, ilmu fekah dan sirah nabi Muhammad s.a.w
    ·     Panduan untuk menyuluh mereka daripada kegelapan, tipu daya syaitan dan orang-orang yang berakhlak buruk.
    ·     Bapa perlu membawa anak mereka solat berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para alim ulama’
    ·     Anak soleh akan dilahirkan untuk menjadi pewaris generasi sekarang pada masa akan datang.



    4

    Menghantar anak-anak ke sekolah

    ·     Ibu bapa bertanggungjawab menyekolahkan anak-anak mereka agar tidak tercicir dalam arus globalisasi kini.
    ·     Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak.
    ·     Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah atau institusi pendidikan akan membolehkan anak-anak menceburi pelbagai bidang yang diminati.
    ·     Menjana pendapatan sebagai sumber kewangan untuk menyara keluarga setelah ibu bapa tidak berdaya untuk bekerja lagi.
    ·     Dapat menghindari anak-anak daripada terlibat gelaja yang tidak sihat seperti Vandalisme, lepak, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah.
    ·     Sumber manusia / modal insan untuk membangunkan negara pada masa akan datang.


    5

    Mencari nafkah yang halal

    ·     Ibu bapa perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
    ·     Sumber rezeki menjadi punca pembentukan akhlak dan budi pekerti anak-anak.
    ·     Wang pendapat itu akan dibelanjakan untuk keperluan harian dan membiayai persekolahan anak-anak.
    ·     Kemiskinan akan menyebabkan pendidikan anak-anak terabai dan tidak sempurna.
    ·     Ibu bapa hendaklah bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mejaga anak-anak mereka.





    6
    Mengisi masa lapang
    ·     Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak mereka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
    ·     Memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak dengan menyediakan bahan bacaan yang bermutu seperti buku cerita, majalah akademik dan majalah keagamaan.
    ·     Membawa anak-anak ke pesta jualan buku untuk memilih bahan bacaan yang diminati.
    ·     Membina bilik khas atau perpustakaan mini di rumah untuk anak mereka membaca.
    ·     Mengajak anak-anak untuk beriadah dan bersukan seperti berjoging, bermain badminton dan sebagainya.
    ·     Makan angin di pantai, tempat peranginan dan lain-lain pada hari-hari cuti umum seperti melancong ke Pulau Langkawi atau Bukit Fraser.

    7
    Menegur dan memantau pergaulan
    ·     Ibu bapa hendaklah sentiasa menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
    ·     Sekarang ramai ibu bapa takut untuk menegur anak-anak kerana bimbang mereka akan memberontak.
    ·     Teguran ini dapat menyedarkan anak-anak agar tidak mengulangi lagi kesalahan itu.
    ·     Melahirkan jiwa remaja yang tawadhuk atau merendah diri dan tidak sombong.
    ·     Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka.
    ·     Dapat menghalang anak-anak berkawan dengan rakan yang tidak baik seperti penagih dadah, mat rempit atau bohsia.


    8

    Melatih anak-anak hidup bermasyarakat

    ·     Anak-anak perlu diajar hidup bermasyarakat.
    ·     Mengajak anak-anak menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan setempat.
    ·     Membawa anak-anak menziarahi jiran tetangga untuk merapatkan hubungan silaturahim.
    ·     Menghormati orang yang lebih tua.
    ·     Menjadi sukarelawan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan ketika dilanda bencana seperti banjir, gempa bumi atau kemalangan jalan raya.

    1 

    View comments


  2. TEKNIK MENJANA IDEA / ISI KARANGAN

    1.   SOALAN BERKAITAN PUNCA / FAKTOR / SEBAB


    BIL

    IDEA / ISI

    HURAIAN

    1

    Individu / diri sendiri
    (remaja, pelajar, belia)

    ·   Sikap ingin mencuba
    ·   Kelemahan jati diri / pegangan hidup
    ·   Suka kepada perkara negatif berbanding positif
    ·   Sukar mengakui kesalahan diri sendiri
    ·   Cetek ilmu agama
    ·   Contohnya, seorang remaja yang tidak berilmu mudah terlibat dengan kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah.

    2

    Ibu bapa / keluarga

    ·   Sibuk dengan kerjaya / kerja
    ·   Tiada masa bersama-sama anak-anak
    ·   Kurang perhatian dan kasih sayang
    ·   Tidak petingkan didikan agama
    ·   Suka memberi kemewahan kepada anak-anak / sogokan kebendaan
    ·   Menyerahkan penjagaan anak-anak kepada pengasuh dan pihak sekolah
    ·   Sukar menerima teguran orang lain terhadap anak-anak.
    ·   Keruntuhan institusi kekeluargaan.

    3

    Pengaruh rakan
    sebaya

    ·   Mengamalkan budaya hidup bebas dari segi pemikiran dan tindakan
    ·   Nasihat rakan lebih diutamakan berbanding ibu bapa atau guru.
    ·   Mudah meniru dan mengikut aktiviti yang dilakukan oleh rakan tanpa menilai baik atau buruk.
    ·   Dipaksa dan terpaksa melakukan apa saja dikehendaki rakan kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulan.
    ·   Terlibat dengan gejala negatif yang merosakkan akhlak dan masa depan seseorang remaja itu.


    4
    Pengaruh media
    massa
    ·   Segala yang disiarkan dan disebarkan melalui media cetak atau media elektronik
    Seperti surat khabar, majalah, buku-buku, televisyen, radio, astro, internet dan facebook.
    ·   Mempengaruhi pemikiran dan kelakuan para penonton.
    ·   Penyiaran filem / rancangan yang tidak elok telah mendorong orang ramai meniru aksi / lakonan tersebut.
    ·   Penilaian terhadap baik atau buruk telah menjadi kabur
    ·   Penonton seolah-olah diajar untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka.
    ·   Contohnya, penayangan filem Jangan Pandang Belakang telah mempengaruhi kepercayaan orang ramai terhadap kuasa hantu / tahayul.

    5

    Masyarakat tidak
    prihatin

    ·   Lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri / individualistik.
    ·   Masyarakat tidak suka menjaga tepi kain orang
    ·   Takut untuk membetulkan kesilapan para remaja yang sedang berlaku di depan mata mereka.
    ·   Semangat kejiranan semakin terhakis.
    ·   Saling berbalah antara satu sama lain.
    ·   Masyarakat tidak bersatu padu dalam banyak perkara.


    6

    Kelemahan
    penguatkuasaan
    undang-undang

    ·   Pihak berkuasa / berwajib gagal melaksankan amanah secara konsisten.
    ·   Penguatkuasaan undang-undang adalah bermusim iaitu ketika isu hangat diperkatakan oleh orang ramai.
    ·   Penguatkuasa undang-undang mudah disoggok dengan kebendaan seperti wang, harta dan seks.
    ·   Penjenayah / orang yang bersalah dibebaskan dengan mudah melalui penguam bela mereka.
    ·   Bilangan anggota yang bertugas tidak mencukupi.
    ·   Kekangan hak asasi manusia.

Comments

Popular posts from this blog

SIMPULAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TATABAHASA TINGKATAN 1