TATABAHASA TINGKATAN 1
TATABAHASA TINGKATAN 1
GOLONGAN KATA dalam bahasa Melayu ada 4 iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.
KATA NAMA: Sejumlah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contoh kata nama: ikan, pohon, orang, keadilan, kesejahteraan, kedamaian dan lain-lain. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga golongan:
i. KATA NAMA KHAS
ii. KATA NAMA AM
iii. KATA GANTI NAMA
KATA NAMA KHAS: Merujuk orang, haiwan, benda, perbadanan atau institusi, bahasa dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Ramasamy, Sang Harimau, dan Selangor Darul Ehsan.
KATA NAMA KHAS terbahagi kepada dua iaitu:
i. Hidup
a. Manusia. Contoh: Ali, Dewi, Chong
b. Bukan manusia. Contoh: Sang Kancil, Si Belang, Jibrail
ii. Tak hidup. Contoh: nama benda, negara, institusi, bangsa, pangkat
KATA NAMA AM: perkataan yang merujuk perkara yang umum. Contohnya: polis, sekolah, kucing, harimau dan kereta.
KATA NAMA AM terbahagi kepada dua iaitu:
i. Hidup
a. Manusia. Contoh: adik, petani, murid
b. Bukan manusia. Contoh: haiwan, pokok, jin, malaikat
ii. Tak hidup
a. Institusi. Contoh: sekolah, hospital, persatuan
b. Bukan institusi.
*konkrit. Contoh: meja, rumah
*abstrak.
Mberbilang. Contoh: pendapat, rancangan
Mtak berbilang. Contoh: keadilan, iklim, udara
KATA GANTI NAMA DIRI: terbahagi kepada 3 iaitu:
i. Kata ganti nama diri orang pertama:- saya, aku, patik, beta, kita dan kami
orang kedua :- anda, engkau, awak, kamu dan saudara
orang ketiga :- ia, dia, mereka, beliau dan -nya
ii. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menggantikan kata nama untuk menunjukkan maksud sesuatu benda atau perkara yang dirujuk itu. Terdapat dua jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
a) ini - merujuk yang dekat
b) itu - merujuk yang jauh
iii. Kata ganti nama tanya
a) apa - merujuk benda
b) siapa - merujuk orang
c) mana - merujuk tempat
KATA KERJA: perkataan yang merujuk sesuatu perbuatan yang dilakukan. contoh: makan, berjalan, menangis,terjatuh. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
i. kata kerja transitif: kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
contoh ayat:
a) Ayah tidur.
b) Penyakit Pak Ali beransur pulih.
ii kata kerja tak transitif: kata kerja yang menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pembuat ke atas sesuatu bentuk (objek)
a) aktif
contoh ayat: Mastura membaca buku.
b) pasif
contoh ayat: Buku itu dibaca oleh Mastura.
KATA ADJEKTIF: T Perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat. T Contoh: Amat sakit. TKata adjektif terbahagi kepada 9 jenis.
Jenis Kata Adjektif
|
Contoh perkataan
|
Kata adjektif sifatan/ keadaan
|
Baik, jahat, cerdik, gopoh, lemah, kasar, sihat, sakit
|
Kata adjektif warna
|
Merah, unggu, kelabu, jingga, perang, biru, hijau
|
Kata adjektif ukuran
|
Panjang, pendek, tinggi, rendah, tebal, nipis, kerdil renek
|
Kata adjektif bentuk
|
Bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok, lurus, kempis, lekuk
|
Kata adjektif waktu
|
Baharu, lama, segera, suntuk, silam, lampau, lewat, cepat, lambat, awal
|
Kata adjektif jarak
|
Jauh, dekat, hampir, nyaris
|
Kata adjektif cara
|
Cepat, deras, laju, lambat, perlahan, lincah, selalu
|
Kata adjektif perasaan
|
Rindu, benci, segan, suka, gembira, ragu, kasih, sayang, cinta
|
Kata adjektif pancaindera
|
Sedap, manis, lemak, cantik, comel, segak, bising, lunak, serak, harum, hancing, hapak, halus, lembap, keras, kasar
|
PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
BENTUK KATA ADJEKTIF
|
CONTOH AYAT
|
Kata adjektif tunggal
|
Cara hidup orangkaya itu amatsederhana.
|
Kata adjektif ganda
|
Pokok di hutan itubesar-besar belaka.
|
Kata adjektif terbitan
Awalan ter-, se-
|
Kinabalu, gunungtertinggi di Asia Tenggara.
Rumahnya secantikistana.
|
Kata adjektif terbitan
Apitan ke- … -an
|
Dia mengamalkan cara hidupketimuran
|
PENANDA WACANA: & KATA YANG MENGHUBUNGKAN IDEA DENGAN IDEA YANG LAIN DALAM TEKS. & Contoh : oleh itu, kemudian, selepas itu, oleh sebab itu.
PERIBAHASA: ( AYAT ATAU KELOMPOK PERKATAAN YANG MEMPUNYAI SUSUNAN YANG TETAP DAN MENGANDUNGI MAKSUD YANG TERTENTU. ( PERIBAHASA TERDIRI DARIPADA SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN, BIDALAN, PEPATAH DAN SEUMPAMANYA.
SIMPULAN BAHASA: Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya. Contoh: ada hati bermaksud ada keinginan yang melebihi kesanggupan, bukannya membawa erti “hati” yang dimiliki setiap orang.
SIMPULAN BAHASA
|
MAKSUD
|
Besar hati
|
Bangga
|
Bulat hati
|
Azam serius
|
Buah tangan
|
Hadiah untuk orang yang dilawati
|
Ringan mulut
|
Suka bercakap
|
Tajam akal
|
Pintar/cerdas
|
Ambil berat
|
Memberi perhatian serius
|
Putus asa
| |
Berpeluk tubuh
|
Malas
|
Hancur hati
|
Sangat sedih
|
Tali barut
|
Orang yang membantu perbuatan jahat
|
Mencari akal
|
Mencari idea
|
Ambil langkah
|
Memulakan tindakan
|
Asam garam
|
Bahan-bahan masakan/pengalam hidup
|
Buah fikiran
|
Pendapat/idea
|
Ada hati
|
Ingin tetapi tidak berdaya
|
Dalam tangan
|
Sudah tentu dapat
|
Buah mulut
|
Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
|
PERUMPAMAAN: > SEJENIS PERIBAHASA YANG MEMBANDINGKAN SESUATU DENGAN SESUATU YANG LAIN. PADA UMUMNYA, PERUMPAMAAN MENGANDUNGI PENGAJARAN.> CONTOH:
PERUMPAMAAN
|
MAKSUD
|
Bagai cincin dengan permata
|
Sangat padan: orang yang baik pekerti
|
Bagai layang-layang putus tali
|
Bergantung kepada nasib semata-mata
|
Bagaimana acuan begitulah kuihnya/bagai mana contoh begitulah gubahannya
|
Anak menurut baka ibu bapanya: sesuatu itu menurut asalnya
|
Bagai minyak dengan air
|
Kebaikan dan kejahatan tidak boleh dicampurkan
|
Bagai murai dicabut ekor
|
Becok
|
Bagai pucuk dilancarkan
|
Tangkas
|
Seperti lipas kudung
|
Cepat dan cekap
|
Bagai anjing buruk kepala
|
Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat
|
BIDALAN: MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PERIBAHASA YANG MENEKANKAN BANDINGAN DAN TELADAN. LAZIMNYA, BIDALAN MENGANDUNGI UNSUR PENGAJARAN.
BIDALAN
|
MAKSUD
|
Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
|
Sementara menunggu yang lebih baik, buat kegiatan yang berfaedah
|
Alah bisa tegal biasa
|
Oleh kerana sudah biasa, yang susah pun tidak terasa lagi
|
Indah khabar daripada rupa
|
Ceritanya lebih hebat daripada yang sebenar
|
Sudah terhantuk baru tergadah
|
Sudah susah, baru beringat
|
Jauhari juga yang mengenal manikam
|
Orang yang berilmu sahaja yang kenal orang yang lain yang berilmu
|
Ukur baju di badan sendiri
|
Menilai kemampuan diri
|
Biar putih tulang, jangan putih mata
|
Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan
|
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
|
Kalau tidak cukup syarat, jagan dibuat apa yang tidak terdaya
|
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
|
Ilmu bukan hanya dimiliki oleh orang tua
|
Nasi sudah menjadi bubur
|
Sudah terlanjur
|
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
| |
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang
|
PEPATAH: PERIBAHASA YANG MENGANDUNGI SUSUNAN KATA YANG INDAH. PEPATAH JUGA MENGANDUNGI NASIHAT ATAU PENGAJARAN DARIPADA ORANG TUA-TUA.
PEPATAH
|
MAKSUD
|
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.
|
Semakin mempunyai kelebihan semakin merendah diri, bukan semakin sombong
|
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
|
Pendiam, tetapi banyak ilmu dan baik/
|
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama.
|
Selepas mati, yang dikenang orang ialah nama baik ataupun buruk
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
|
Kalau mahu, macam-macam usaha; kalau tidak mahu, macam-macam alasan.
|
KATA-KATA HIKMAT: KATA-KATA ORANG BIJAK PANDAI YANG MENGANDUNGI FALSAFAH, PEMIKIRAN DAN PENGAJARAN.
Bersatu teguh, bercerai roboh
|
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara
|
Berkatalah benar walaupun pahit
|
Berterus teranng demi kebenaran walaupun mungkin menyakiti hati semua pihak
|
Kebudayaan sendi perpaduan
|
Kebudayaan menjadi sandaran bagi menyatukan sesuatu bangsa
|
Hidup ini satu perlumbaan
|
Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan
|
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia
|
Walaupun wanita bersifat lembut dan keibuan tetapi mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara
|
Muafakat membawa berkat
|
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan hasilan yang baik
|
Bersekutu bertambah mutu
|
Bekerjasama antara satu dengan lain semasa melakukan sesuatu pekerjaan akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang
|
Bertangguh itu pencuri masa
|
Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri sendiri
|
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
|
Dengan kesihatan yang baik seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas
|
Membaca itu jambatan ilmu
|
Ilmu pengtahuan dapat ditingkatkan melalui membaca
|
Masa itu emas
|
Masa itu sangat berharga
|
Kata dikota
|
Janji mesti ditunaikan
|
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
|
Kata-kata yang menyinggung hati
|
KATA HUBUNG: M PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYAMBUNG DUA AYAT ATAU LEBIH UNTUK MENJADI AYAT MAJMUK. M CONTOH KATA HUBUNG: dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian, yang, kerana, sekiranya, kalau, hingga, agar, supaya, meskipun, jika, setelah, sungguhpun, apabila, untuk, semoga.
KATA TANYA: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENANYAKAN SESUATU. CONTOHNYA:MENGAPA, BERAPA, BILA DAN BAGAIMANA.SEKIRANYA KATA TANYA DIKEDEPANKAN MAKA KEHADIRANNYA DALAM BENTUK TULISAN BOLEHLAH DISERTAI PARTIKEL –KAH.
CONTOH AYAT:
- Saudara sampai bila?
- Bilakah saudara sampai?
KATA SERU: BENTUK PERKATAAN YANG BERFUNGSI MELAHIRKAN PELBAGAI PERASAAN DAN DIGUNAKAN DALAM AYAT SERUAN. CONTOH:
KATA SERU
|
PERASAAN
|
AYAT
|
Aduh
|
Sakit
|
Aduh, sakitnya perut saya!
|
Cis
|
Marah
|
Cis, berani kamu melawan saya!
|
Wah
|
Kehairanan atau kagum
|
Wah, cantiknya jam tangan kamu!
|
Eh
|
Terkejut
|
Eh, Saudara Kevin rupanya!
|
Amboi
|
Kagum atau kesal
|
Amboi, pandainya kamu mereka cerita ini!
|
Aduhai
|
Kesal
|
Aduhai, malangnya nasibku!
|
Syabas
|
Gembira kerana sesuatu kejayaan
|
Syabas, kamu memang layak memenangi pertandingan menulis karangan ini!
|
Oh
|
Sedar
|
Oh, baru saya faham!
|
KATA PERINTAH: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENIMBULKAN SESUATU TINDAK BALAS TERHADAP PERINTAH, ARAHAN, LARANGAN, SILAAN ATAU PERMINTAAN. CONTOH KATA PERINTAH: JANGAN, USAH, SILA, JEMPUT, MINTA, TOLONG DAN HARAP.
- CONTOH AYAT PERINTAH:
- Sila masuk ke dalam dewan, tuan-tuan.
- Jangan masuk ke kawasan larangan itu.
KATA PENGUAT: PERKATAAN YANG MENDAHULUI ATAU MENGIKUTI KATA ADJEKTIF. KATA PENGUAT BERFUNGSI MENGUATKAN MAKSUD YANG TERKANDUNG DALAM KATA ADJEKTIF. KATA PENGUAT TERBAHAGI KEPADA TIGA JENIS.
KATA PENGUAT HADAPAN
|
KATA PENGUAT BELAKANG
|
KATA PENGUAT BEBAS
|
TERLALU, PALING, AGAK
|
SEKALI, BENAR, NIAN
|
AMAT, SANGAT, SUNGGUH
|
KATA PENEGAS: PERKATAAN YANG MENEGASKAN BAHAGIAN TERTENTU DALAM AYAT. KATA PENEGAS TERBAHAGI KEPADA DUA JENIS.
JENIS
|
CONTOH
|
CONTOH AYAT
|
KATA PENEGAS YANG MENEGASKAN FRASA PREDIKAT.
|
-KAH, -TAH, -LAH
|
SIAPAKAH YANG BEKERJA SEBAGAI JURUTERBANG?
APATAH DAYA KITA SEBAGAI HAMBA YANG LEMAH.
ITULAH RUMAH ENCIK ROBERT
|
KATA PENEGAS YANG MENEGASKAN KEDUA-DUA BAHAGIAN AYAT IAITU FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK ATAU FRASA PREDIKAT.
|
JUGA, JUA, PUN, SAHAJA, LAGI, MEMANG
|
SAYA JUGA BERCITA-CITA MENJADI JURUTERBANG.
PENERBANGAN HANYA DILAKUKAN KETIKA CUACA BAIK.
ORANG RAMAI MEMANG SUKA MELAWAT KE PAMERAN LIMA.
|
KATA NAFI: PERKATAAN YANG MENAFIKAN SESUATU. KATA NAFI TERBAHAGI KEPADA DUA JENIS.
KATA NAFI
|
KEGUNAAN
|
CONTOH AYAT
|
Bukan
|
Unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama.
|
Projek iru bukan usaha Datuk Kamal.
Bas ekspres yang baru tiba itu bukan dari Kuala Lumpur.
|
Unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif jika membawa maksud bertentangan dengan maklumat.
|
Kamarudin bukan sombong tetapi pendiam.
Dia bukan hendak berbelanja tetapi hendak melihat-lihat sahaja.
| |
Tidak
|
Unsur naïf bagi frasa kerja dan frasa adjektif
|
Bapa tidak pergi ke pecan pagi ini.
Perjalanan ke tempat itu tidak jauh dari sini.
|
KATA PEMERI: PERKATAAN YANG MEMERIKAN HAL, KEADAAN, CARA DAN LAIN-LAIN. KATA PEMERI TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU IALAHDAN ADALAH.
PERKATAAN
|
PENGGUNAAN
|
CONTOH AYAT
|
Ialah
|
Secara persamaan di hadapan frasa nama
|
Perkara yang dibincangkan ialah kepentingan teknologi maklumat dalam pendidikan.
|
Adalah
|
Secara huraian di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
|
Wang tabung itu adalah untuk program motivasi pelajar.
Kata-kata yang diucapkannya adalah benar.
|
KATA SENDI NAMA: PERKATAAN YANG HADIR DI HADAPAN KATA NAMA ATAU FRASA. SETIAP KATA SENDI NAMA MEMPUNYAI FUNGSI YANG TERSENDIRI.
KATA SENDI NAMA
|
FUNGSI
|
CONTOH AYAT
|
Di
|
Merujuk tempat
|
Ayah bekerja di sekolah itu.
|
Ke
|
Merujuk tempat atau arah
Merujuk masa atau waktu
|
Kami akan ke Kuantan esok.
Majlis itu berlangsung dari pukul 10.00 pagi ke pukul 12.00 tengah hari.
|
Dari
|
Merujuk arah dan tempat
Masa dan waktu
|
Angin kencang bertiup dari arah utara
Hal itu telah diketahuinya dari pagi lagi.
|
Daripada
|
Menyatakan punca
Menyatakan sumber atau asal kejadian
Menunjukkan perbezaan atau perbandingan
|
Pelajar perlu menjauhkan diri daripada dadah.
Ukiran itu diperbuat daripada kayu jati.
Daripada Zakuan lebih baik Iqbal.
|
Kepada
|
Menunjukkan sasaran sesuatu
Menyatakan pecahan
Menyatakan perubahan
|
Sila pulangkan busur itu kepada Cikgu Hassan.
Pelatih memanah dipecahkan kepada dua kumpulan.
Suhu badan Lela meningkat kepada 39°C
|
Pada
|
Menunjukkan keterangan waktu
Selapas kata ada
Di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan
|
Kami bertolak ke tempat kejohanan pada pukul 8.00 pagi.
Wang itu ada pada Wong.
Tulis nama kamu pada kertas itu.
|
Untuk/bagi
|
Menunjukkan kegunaan bagi sesuatu
Menunjukkan bahagian yang telah ditetapkan. (Dalam ayat ini, katauntuk tidak boleh ditukar dengan katabagi.)
|
Derma (bagi/untuk) anak yatim di kampung ini sedang dipungut.
Hadiah ini untuk saudara.
|
Tentang
|
Unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu
|
Mereka berbincang tentang cara membaiki kemahiran memanah.
|
Seperti, bagai, umpama/ laksana
|
Membawa maksud perbandingan
|
Hatinya keras (seperti / bagai/ umpama/laksana) batu.
|
Dengan
|
Bemaksud bersama-sama
Cara melakukan sesuatu
Memakai atau menggunakan
Perbandingan yang serupa
|
Ravi pergi ke sekolah dengan Khairi
Berita kemenangannya dalam pertandingan memanah itu diterimanya dengan perasaan amat gembira.
Mei ling melukis potret itu dengan krayon.
Warna kain tudungnya sama dengan warna kain tudung Siti.
|
Sejak/semenjak
|
Penanda waktu
|
Kami berlatih (sejak/semenjak) dua jam yang lalu.
|
Akan
|
Di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan didahului kata adjektif
|
Wanita separuh umur itu rindu akan anaknya.
|
Oleh
|
Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif
Membawa maksud sebab
|
Buku itu dibeli olehnya.
Pemanah itu kalah oleh kekurangan latihan.
|
Hingga/sampai
|
Perihal peringkat dan had masa
|
Mereka berlatih memanah (hingga/sampai) petang.
|
Dalam, antara
|
Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak
|
Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Perbincangan mereka berlarutan hingga petang.
|
KATA ARAH: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENUNJUKKAN HALA ATAU JURUSAN. CONTOH: TENGAH, TEPI, ATAS, BAWAH, HULU, HILIR, PINGGIR.
KATA BILANGAN: PERKATAAN YANG MENJADI PENERANG JUMLAH PADA FRASA NAMA. CONTOH KATA BILANGAN IALAH DUA, TIGA, BEBERAPA, BANYAK, SELURUH, BERPULUH-PULUH DAN SEPERTIGA.
KATA BANTU: PERKATAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MENERANGKAN KATA KERJA, KATA ADJEKTIF DAN KATA SENDI NAMA IAITU DENGAN MENIMBULKAN MAKNA TAMBAHAN DARI SEGI ASPEK WAKTU ATAU RAGAM.
KATA GANDA: PERKATAAN YANG MENGALAMI PROSES PENGGANDAAN. ADA TIGA JENIS BENTUK KATA GANDA, IAITU PENGGANDAAN PENUH, PENGGANDAAN SEPARA DAN PENGGANDAAN BERENTAK.
KATA MAJMUK: PERKATAAN YANG TERHASIL DARIPADA PROSES MENGGABUNGKAN DUA PERKATAAN ATAU LEBIH TETAPI MEMBAWA MAKNA YANG KHUSUS. KATA MAJMUK DIEJA TERPISAH DAN TIDAK BOLEH MENERIMA SEBARANG SISIPAN. KATA MAJMUK DAPAT DIGOLONGKAN KEPADA TIGA KELOMPOK.
KATA TERBITAN: Perkataan yang terbentuk daripada proses pengimbuhan iaitu menggandingkan imbuhan dengan kata dasar.Kata dasar ialah kata yang belum menerima imbuhan.
Terdapat 4 jenis imbuhan bagi membentuk kata terbitan iaitu:
i. Awalan, yang hadir sebelum kata dasar
ii. Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
iii. Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar
iv. Sisipan, yang hadir di celah kata dasar
Jenis imbuhan
|
Contoh imbuhan
|
Contoh kata terbitan
|
Awalan
|
peN-
|
Pendatang, pembuka, penggail, pengelap
|
Pe-
|
Pelari, penyapu
| |
peR-
|
Perasap
| |
Ke-
|
Ketua
| |
Se-
|
Secantik
| |
beR-
|
Berjalan
| |
teR-
|
Terbesar
| |
meN-
|
Melawan, membawa, mendaki, menggali, mengecat, menyapu
| |
di-
|
Disusun
| |
Akhiran
|
-an
|
Pakaian, mainan
|
-kan
|
Gunakan, besarkan
| |
-i
|
Hadiri, duduki
| |
Apitan
|
Pe-…-an
|
Perasaan
|
peN-…-an
|
Pembinaan, pendapatan, penggunaan
| |
peR-…-an
|
Permainan
| |
Ke-…-an
|
Kelebihan, kedudukan, kearaban,
| |
Ber-…-an
|
Bermaafan, berjauhan
| |
meN-…-an
|
Memainkan, mendermakan, membaharukan, menggunakan, mengecamkan
| |
di-…-kan
|
Dibiarkan, digunakan
| |
di-…-i
|
Dimulai, didekati
| |
Sisipan
|
-el-
|
Telunjuk, selerak, gelembung
|
-er-
|
Serabut, seruling, gerigi
| |
-em-
|
Gemilang, semerbak
| |
-in-
|
Sinambung
|
IMBUHAN PINJAMAN: imbuhan yang berasal daripada bahasa asing iaitu bahasa Latin, Yunani dan Sanskrit.
Jenis imbuhan
|
Bahasa asing
|
Contoh
|
Contoh perkataan imbuhan
|
Awalan
|
Sanskrit
|
Maha-
Tata-
Pra-
Pro-
|
Maharani, mahasiswa, maharaja, tatatertib, tatasusila, tatabahasa, prakata, prasangka, prasekolah, prokerajaan, pro-Barat
|
Awalan
|
Yunani
Latin
Inggeris
|
Anti-
Poli-
Auto-
Kilo-
Mili-
Tele-
Foto-
|
Antipenjajah,antibiotik, poliklinik, automatik, autograf, kilogram, kilometer, milligram, milliliter, telegram, telefon, televisyen
|
Akhiran
|
Sanskrit
Yunani
Inggeris
Latin
|
-wan
-man
-wati
-nita
-isme
-ik
-si
-al
-is
|
Hartawan, sukarelawan, angkasawan, seniman, budiman, seniwati, angkasawati, biduanita, karyanita
Nasionalisme, sosialisme, saintifik, logistik,linguistik, sensasi, potensi, revolusi, klasifikasi, praktikal, kritikal, praktis, kritis, sistematis
|
FRASA: UNIT YANG TERDIRI DARIPADA SATU SUSUNAN YANG MENGANDUNGI SEKURANG-KURANGNYA SATU PERKATAAN ATAU DUA PERKATAAN YANG BERPOTENSI DIPERLUAS MENJADI DUA PERKATAAN ATAU LEBIH. TERDAPAT 4 JENIS FRASA IAITU FRASA NAMA(FN), FRASA KERJA(FK), FRASA ADJEKTIF (FA), DAN FRASA SENDI NAMA (FS).
JENIS FRASA
|
KETERANGAN
|
CONTOH FRASA
|
Frasa nama (FN)
|
Inti (FN) ialah kata nama
|
Ayah budak itu
Bandar Kuantan
Harimau bintang
|
Frasa Kerja (FK)
|
Inti (FK) ialah kata kerja
|
Membaca buku
Menghidangkan makanan
Berbaju batik
|
Frasa Adjektif (FA)
|
Inti (FA) ialah kata adjektif
|
Sangat pandai
Amat cepat
Liar sekali
|
Frasa Sendi Nama (FS)
|
Inti (FS) ialah kata sendi nama
|
Pada tahun lalu
Dari Johor Bahru
Ke petang
|
POLA AYAT DASAR. AYAT DASAR IALAH AYAT YANG MENJADI DASAR BAGI PEMBENTUKAN SEMUA AYAT LAIN. AYAT DASAR TERBENTUK DARIPADA BEBERAPA POLA AYAT. POLA AYAT DASAR TERBAHAGI KEPADA 4 IAITU BERGANTUNG PADA SUBJEK DAN PREDIKATNYA.
POLA
|
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Pola 1
|
Frasa Nama (FN)
Encik Osman
|
Frasa Nama (FN)
guru sekolah
|
Pola 2
|
Frasa Nama (FN)
Ibu mereka
|
Frasa Kerja (FK)
sedang berehat
|
Pola 3
|
Frasa Nama (FN)
Bayi itu
|
Frasa Adjektif (FA)
sihat sungguh
|
Pola 4
|
Frasa NAma (FN)
Rumah saya
|
Frasa Sendi Nama (FS)
di Kota Kinabalu
|
AYAT TUNGGAL: Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.
Subjek
|
Predikat
|
Fauzi
|
Jurutera
|
Orang tua itu
|
kuat berjalan
|
Pasukan kadet remaja sekolah kita
|
berlatih berkawat
|
AYAT TANYA: Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat Tanya digolongkan kepada dua, berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.
i. Ayat tanya tanpa kata tanya – ayat jenis ini biasanya diucapkan dengan nada suara yang tinggi. Dalam tulisan, nada tanya dilambangkan dengan tanda soal (?). contoh:
a. Encik Kamarul pengurusnya?
b. Mereka berada di Negara Jepun?
ii. Ayat tanya dengan kata tanya – ayat tanya jenis ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, mengapa, dan bagaimana. Bagi bentuk bahasa tulisan ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel –kah pada kata tanya yang dikedepankan. Kata tanya yang berada di akhir ayat tidak diberi partikel –kah. Contoh:
a. Kata tanya yang berada didepan ayat.
*Di manakah tuan tinggal?
*Bilakah awak pulang?
b. Kata tanya yang berada di akhir ayat
*Gurunya siapa?
*Kesihatannya sekarang bagaimana?
AYAT SERUAN: Biasanya, ayat seruan dimulai dengan kata seru seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, aduhai dan syabas. Pada akhir ayat seruan ditandakan dengan tanda seru (!). contoh:
Anakku!
Wah, cantiknya baju kamu!
Nah, ambillah wang ini!
AYAT TUNGGAL: œ Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan. Predikat pula ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. œ Contoh ayat tunggal:
Keahlian kelab ini / terhad.
Subjek Predikat
MENYENARAIKAN AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN DALAM KARANGAN
À Ayat topik – ayat yang menjadi perkara utama dalam menyatakan sesuatu hal atau perkara.
ÀAyat huraian – ayat yang menghuraikan atau menerangkan maksud ayat topik.
SUSUNAN AYAT TUNGGAL: Ayat tunggal terbina daripada dua bahagian ayat iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu:
i. Susunan biasa
ii. Susunan songsang
Ayat susunan biasa: subjek berada di hadapan predikat, seperti dalam contoh;
Subjek
|
Predikat
|
Seorang pelajar
|
Memenangi hadiah itu.
|
Hampir semua pelajar
|
Telah menyiapkan kerja kursus tersebut.
|
Ibu
|
Membeli seutas rantai emas.
|
AYAT TUNGGAL SUSUNAN SONGSANG: Ayat songsang ialah ayang yang memindahkan predikat ke hadapan subjek. Proses ini terjadi kerana unsur yang dikedepankan itu hendak diberi penegasan. Dalam hal ini, predikat yang dikedepankan itu melalui dua cara:
a) Pendepanan seluruh predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat di bawa ke hadapan subjek. Contoh:
Susunan biasa
|
Susunan songsang yang mengedepankan seluruh predikatnya
|
Paras mukanya cantik sekali.
|
Cantik sekali paras rupanya.
|
Mahkota Johor bertahtakan intan permata.
|
Bertatahkan intan permata mahkota Johor.
|
Ayahnya tukang emas.
|
Tukang emas ayahnya.
|
Cikgu Mustafa sedang mengajar.
|
Sedang mengajar Cikgu Mustafa.
|
Anak cendekiawan itu sudah tentu pandai.
|
Sudah tentu pandai anak cendekiawan itu.
|
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat. Bahagian-bahagian daripada predikat juga dapat dikedepankan secara berasingan. Contoh:
Susnan biasa
|
Susunan songsang yang mengedepankan sebahagian daripada predikatnya
|
Dia bekerja di kedai emas itu.
|
Bekerja dia di kedai emas itu.
|
Laila membaca buku di perpustakaan.
|
Membaca buku Laila di perpustakaan itu.
|
Mohan sakit pada hari itu.
|
Sakit Mohan pada hari itu.
|
Mereka di Johor Bahru sekarang.
|
Di Johor Bahru mereka sekarang.
|
AYAT AKTIF: Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal dengan unsur yang diterangkan. Contoh:
*Siva menendang bola.
*Pelajar-pelajar sekolah itu sedang belajar.
*Kakak Siti mengelamun sepanjang hari.
AYAT PASIF: Ayat yang asalnya ayat aktif transitif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Contoh:
*Bola ditendang oleh Raju.
*Kuala Lumpur dilanda banjir.
*Buku itu kami beli semalam.
*Cakera padat itu hendaklah kamu jaga baik-baik.
AYAT MAJMUK GABUNGAN: Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Contoh:
*Pelajar berdiri tegak dan bernyanyi.
Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu:
*Pelajar berdiri tegak.
*Pelajar bernyanyi.
Perhatikan contoh ayat majmuk gabungan yang berikut:
*Silvam kurus tetapi adiknya gemuk.
Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu:
*Silvam kurus.
*Adik Silvam gemuk.
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF: Ayat majmuk pancanagn ialah ayat majmuk yang mengandungi ayat utama dan beberapa ayat kecil. Dikenal dengan penggunaan perkataan “yang” seperti dalam contoh yang berikut:
*Kakak membeli baju yang berwarna merah jambu.
*Kami menonton rancangan televisyen yang amat lucu.
*Kanak-kanak yang sedang bermain itu anak saya.
*Kerbau yang melintas di hadapan kereta saya itu berlari ke dalam semak.
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN: Ayat majmuk yang menggunakan kata komplemen iaitu bahawa dan untuk bagi menghubungkan ayat utama dengan ayat komplemen. Contoh:
*Dia memberitahu bahawa pelajar itu sakit.
Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat iaitu:
*Dia memberitahu (sesuatu).-(ayat utama)
*Pelajar itu sakit. (ayat komplemen)
AYAT MAJMUK KETERANGAN: Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat ini dihubungkan oleh kata hubung seperti ketika, kerana, semasa, sewaktu dan sekiranya. Contoh ayat:
*Encik Zain bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
Ayat di atas dapat dipecahkan seperti yang berikut:
*Encik Zain bukan ketua saya. + ketika + saya bekerja dahulu.
LARAS BAHASA: Kepelbagaian bahasa mengikut penggunaannya dalam bidang tertentu. Misalnya, laras bahasa sukan.
Dalam sukan bola sepak, menanduk bermakna menghantar bola dengan kepala. Dalam bahasa Malaysia biasa, menanduk bermakna menyondol sesuatu dengan kepalanya dan biasanya dikaitkan dengan haiwan yang bertanduk seperti kerbau, lembu, kambing, biri-biri dan seladang.
PENANDA WACANA: KATA YANG MENGHUBUNGKAN IDEA DENGAN IDEA LAIN DALAM TEKS. CONTOH: OLEH ITU, KEMUDIAN, SELEPAS ITU, DAN OLEH SEBAB ITU.
Comments
Post a Comment