Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota )


Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)
·         Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
  Awalan  maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:
Maha_
Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti

    Awalan tata - :  yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem
Tata -
Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:
-wan
Maksud
Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan
Berharta , kaya
Karyawan
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.
Olahragawan
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawan
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.
Rupawan
Perempuan yang cantik.


sejarawan
Ahli sejarah
Sukarelawan
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Usahawan
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.
Wartawan
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.
     
Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:
-          man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli  Contoh:
-          wati
Maksud
Olahragawati
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran  - ita : bermaksud wanita. Contoh:
-ita
Maksud
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.

Comments

Popular posts from this blog

SIMPULAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TATABAHASA TINGKATAN 1