Posts

Showing posts from May, 2018
Karangan Jenis Laporan  Persatuan Geografi sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury. Sebagai Setiausaha persatuan tersebut, tulis laporan tentang lawatan tersebut selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan. Contoh Karangan LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY           Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.       Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebu

TATABAHASA TINGKATAN 1

Image
TATABAHASA TINGKATAN 1 GOLONGAN KATA  dalam bahasa Melayu  a da 4 iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. KATA NAMA : Sejumlah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contoh kata nama: ikan, pohon, orang, keadilan, kesejahteraan, kedamaian dan lain-lain. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga golongan: i.                       KATA NAMA KHAS ii.                     KATA NAMA AM iii.                   KATA GANTI NAMA KATA NAMA KHAS : Merujuk orang, haiwan, benda, perbadanan atau institusi, bahasa dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Ramasamy, Sang Harimau, dan Selangor Darul Ehsan. KATA NAMA KHAS  terbahagi kepada dua iaitu: i.                       Hidup a.         Manusia. Contoh: Ali, Dewi, Chong  b.         Bukan manusia. Contoh: Sang Kancil, Si Belang, Jibrail ii.                     Tak hidup. Contoh: nama benda, negara, institusi, bangsa, pangkat KAT