TATABAHASA TINGKATAN 1 GOLONGAN KATA dalam bahasa Melayu a da 4 iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. KATA NAMA : Sejumlah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contoh kata nama: ikan, pohon, orang, keadilan, kesejahteraan, kedamaian dan lain-lain. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga golongan: i. KATA NAMA KHAS ii. KATA NAMA AM iii. KATA GANTI NAMA KATA NAMA KHAS : Merujuk orang, haiwan, benda, perbadanan atau institusi, bahasa dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Ramasamy, Sang Harimau, dan Selangor Darul Ehsan. KATA NAMA KHAS terbahagi kepada dua iaitu: i. Hidup a. Manusia. Contoh: Ali, Dewi, Chong b. Bukan manusia. Contoh: Sang Kancil, Si Belang, Jibrail ii. Tak hidup. Contoh: nama benda, negara, institusi, bangsa, pangkat KAT
Comments
Post a Comment