Posts
Showing posts from April, 2018
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
- Get link
- X
- Other Apps
Kerangka Karangan - Ciri-ciri Pelajar Cemerlang E-melkan Ini Ciri-ciri Pelajar Cemerlang Konsep cemerlang:- cemerlang akademik - pencapaian cemerlang dalam peperiksaa cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan, kepimpinan cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai cemerlang sahsiah - sopan santun, boleh dipercayai, bertanggungjawab Isi-isi: fokus/beri perhatian semasa di dalam kelas pandai mengurus masa dengan baik - bahagi masa untuk belajar, berehat, beriadah - kehidupan seimbang aktif dan sihat - badan sihat, otak cerdas pandai berdikari - tahu tanggungjawab, tidak perlu disuruh/dipaksa untuk belajar/menyiapkan tugasan sekolah sentiasa bersiap sedia - mengulang kaji pelajaran - tidak menunggu hingga saat-saat akhir mempunyai target/matlamat harian dan bulanan untuk berjaya patuh dan taat kepada ibu, bapa, guru dan suruhan agama sentiasa memberi pengaruh yang baik/positif kepada kawan-kawan
- Get link
- X
- Other Apps
Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat jimat tenaga dan wang – perbelanjaan dikongsi bersama Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas seperti mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan mematuhi lampu isyarat. Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersabar dan bertolak ansur. Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan LRT. Perkhidmatan awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah ketersampaian tinggi - tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju. Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh raya. Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pada waktu puncak. Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya memastikan jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak berturap dibaiki segera – jalan-jalan
Punca berlakunya keracunan makanan di sekolah
- Get link
- X
- Other Apps
Soalan: Belakangan ini, kerap berlaku kes pelajar sekolah yang mengalami keracunan makanan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan kejadian ini berlaku. Pendahuluan Isu keracunan makanan dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan - kerapkali berlaku di sekolah - mengakibatkan pelajar yang terlibat terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut - terdapat beberapa punca berlakunya gejala ini Isi-isi Bahan mentah yang digunakan telah tercemar - contoh ikan dan ayam sudah tidak segar atau busuk - masih dimasak dan dijadikan hidangan Makanan mengandungi bahan kimia secara berlebihan - perut tidak tahan - menjejaskan kesihatan Penyedia makanan di kantin atau dewan makan sekolah tidak mementingkan kebersihan diri semasa menyediakan makanan Kantin atau dewan makan mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan - makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat - boleh mengakibatkan keracunan Penutup Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil se
- Get link
- X
- Other Apps
Karangan Fakta : Faedah Menabung Soalan : Kita sentiasa digalakkan menabung. Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung. Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila keluarga ditimpa musibah. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang didalam
INFORMASI BAHASA - CAKNA EJA HEBAT BAHASA INFORMASI BAHASA
- Get link
- X
- Other Apps
INFORMASI BAHASA - CAKNA EJA HEBAT BAHASA INFORMASI BAHASA CAKNA EJA HEBAT BAHASA (1) sumsum ✅ = isi dalam tulang panjang yang berwarna merah kehitaman, tulang hitam, benak sum sum ❌ sum-sum ❌ (2) toktok ✅ = batang kayu yang diberi berongga (diletakkan di surau dan lain-lain) dan diketuk untuk memanggil orang sembahyang dan lain-lain tok tok ❌ tok-tok ✅ = bunyi seperti bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dan lain-lain) (3) tingting ✅ = bunyi seperti duit syiling berhantukan / sejenis permainan kanak-kanak yang dilakukan secara melompat-lompat dengan sebelah kaki di petak-petak tertentu yang dilukis. ting-ting ❌ ting ting ❌ (4) kot-kot ✅ = (dialek Kedah) mungkin, kalau-kalau kotkot ❌ kot kot ❌ (5) koi-koi ✅ = perlahan-lahan, hati-hati (jangan tergesa-gesa) koikoi ❌ kot koi ❌ (6) songsong ✅ = berlawanan (bertentangan) arah song-song ❌ song song ❌ (7) gingging ✅ =berdiri di atas sebelah kaki dengan tangan memegang kaki yang satu lagi. ging ging
SIMPULAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
- Get link
- X
- Other Apps
💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚 Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A' 1. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Laha