Posts

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat. Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat. Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat . Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan. Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna . Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

PENANDA WACANA

PENANDA WACANA PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN · Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu … · Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah …. · Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.  Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. · Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. · Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini … · Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan … PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN · Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbinc

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PERANAN IBU BAPA SPM

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PERANAN IBU BAPA 1.     Peranan Ibu Bapa terhadap Anak-Anak BIL IDEA / ISI HURAIAN 1 Melahirkan dan membesarkkan ·       Kita perlu mencari pasangan yang baik-baik untuk melahirkan zuriat yang baik. ·       Ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dengan penuh kesukaran dan debaran. ·       Setelah lahir ke dunia anak dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang tanpa mengira penat dan lelah. ·       Banyak dugaan menjaga kita semasa kecil dahulu dengan segala kepayahan dan kepenatan. 2 Mencurahkan kasih sayang ·       Ibu bapa hendaklah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka. ·       Jiwa anak-anak perlu diisi dengan belaian dan sentuhan manja daripada seorang ibu. ·       Jangan membiarkan anak-anak terabai kerana kesibukan mengejar kebendaan atau kerjaya semata-mata. ·       Pengabaian aspek ini akan menyebabkan anak-anak mencari kasih daripada rakan atau kekasi